Green Day
Green Day

Green Day

Green Day ialah sebuah kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Billie Joe Armstrong (penyanyi utama, gitar), Mike Dirnt (pemain bes) dan Tré Cool (pemain dram) yang ditubuhkan pada tahun 1987. Tré Cool menganggotai kumpulan ini sebahagian besar daripada kerjayanya sebagai pemain dram kumpulan Green Day selepas John Kiffmeyer - pemain dram asal kumpulan ini - berhenti untuk melanjutkan pelajaran di kolej.Green Day memperjuangkan genre punk rock dan mula bermain di 924 Gilman Street di Berkeley, California. Green Day menandatangani kontrak pertamanya dengan sebuah syarikat rakaman indie iaitu Lookout!Records. Pada tahun 1994 Green Day muncul dengan album utama mereka yang pertama iaitu Dookie dan album itu menjual lebih 10 juta unit di Amerika dan menjual lebih 15 juta unit secara keseluruhan. Dengan penjualan album itu Green Day telah menjadi antara kumpulan punk rock yang berjaya setanding dengan kumpulan-kumpulan punk rock yang lain seperti The Offspring dan Rancid. Green Day muncul dengan tiga lagi album selepas itu - Insomniac, Nimrod dan Warning, tetapi kesemua album itu tidak dapat jualan yang baik seperti album pertama mereka Dookie. Pada tahun 2004, Green Day muncul semula dengan album yang berkonsepkan rock opera American Idiot dan dengan album ini Green Day kembali popular terutamanya dengan peminat yang lebih muda. Di Amerika album American Idiot menjual 5 juta unit. Pada bulan Mei tahun 2009, Green Day akan muncul dengan album ke-lapan mereka iaitu 21st Cetury Breakdown.Secara keseluruhan Green Day telah menjual lebih 65 juta unit termasuk 22 juta unit yang terjual di Amerika. Green Day telah memenangi tiga Anugerah Grammy;Album Alternatif Terbaik untuk album Dookie, Album Rock Terbaik untuk album American Idiot dan Rekod Of The Year untuk lagu Boulevard of Broken Dreams.